Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
471 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Pada 10 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik. Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia. Pandemik COVID-19 sudah tentu mengubah norma kehidupan masyarakat seluruh dunia. Memandang serius terhadap gejala virus COVID- 19, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 akan berkuat kuasa rasmi pada tanggal 18 Mac 2020. Menerusi kenyataan media daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). Untuk meningkatkan lagi keberkesanan PKP ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan- keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial ( sosial distancing ) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19 . Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menganggarkan bahawa PKP berkemungkinan memberi kesan kepada 2.4 juta pekerjaan. Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) meramalkan kadar pengangguran meningkat kepada 4.0% pada 2020 daripada 3.3% pada 2019. Penjarakan sosial dan fizikal adalah ‘norma baharu’ akibat daripada tempoh lanjutan PKP. Norma kehidupan yang baharu ini perlu diterapkan ke semua peringkat masyarakat supaya ianya menjadi amalan kerana pengamalan jarak
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy