Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

6 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam antara kedua-dua polisi tersebut agar tahap intervensi menjadi penggalak ekonomi dan bukannya membantutkan pertumbuhannya. Selain daripada penggubalan akta, Kerajaan telah menyediakan ekosistem yang lengkap dengan mewujudkan Bahagian Pembangunan Francais bagi mengawal selia sektor francais dan menguatkuasakan Akta Francais 1998. Bagi membantu dari segi pembangunan keusahawanan, agensi Kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan dari segi pengisian latihan berkaitan francais selain menyediakan pakej kewangan bagi pembangunan francais melalui geran, pinjaman rendah faedah serta bantuan modal bagi francais yang dikenal pasti. Beberapa agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri serta Credit Guarantee Corporation (CGC) turut menyediakan pelbagai insentif dalam melibatkan lebih ramai usahawan dalam sektor francais terutama Bumiputera. Ini melengkapkan ekosistem sektor francais di Malaysia selepas MFA yang telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai platform kepada penggiat francais untuk menyuarakan isu-isu berkaitan francais kepada Kerajaan dan agensinya. Permasalahan Bagi penggiat francais yang telah lama bertapak dalam pasaran Malaysia, pengenalan intervensi terutama Akta Francais 1998 dan Peraturan Francais 1999 adalah satu langkah terkebelakang di mana tiada negara lain mempunyai peruntukan khas di peringkat persekutuan dan komprehensif seperti di Malaysia. Sebelum pengenalan akta, francaisor bebas menawarkan pakej francais masing-masing tanpa perlu memenuhi kriteria tertentu dan bakal francaisi perlu membuat pertimbangan dan penilaian sendiri sama ada melalui pengetahuan atau pengalaman sendiri atau melalui pihak ketiga iaitu firma guaman atau perunding francais.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy