Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

5 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Intervensi Awal Kerajaan Dalam Kerajaan terus giat membangunkan sektor francais dengan memperkenalkan bantuan kewangan dan latihan khas, terdapat kesan sampingan yang di mana telah lahir “fly by night company” syarikat yang hanya wujud bagi tujuan penyelewengan dan menawarkan skim francais yang hanya bertujuan mendapatkan fi francais dan yuran sahaja. Ini merupakan permasalahan biasa yang berlaku pada francais seluruh dunia, namun memandangkan Kerajaan telah memperuntukkan inisiatif secara terus dalam pembangunan francais negara yang melibatkan wang awam, ini memerlukan satu tindakan tegas bagi mengekang ianya dari terus berlaku. Rentetan itu, satu perundangan baru telah digubal dan diperkenalkan pada 1998 iaitu Akta Francais 1998 dan diikuti Peraturan Francais 1999 (Borang, Fi & Penalti) pada tahun berikutnya. Ini menjadikan francais di Malaysia lebih terkawal dan kurang fleksibel berbanding negara lain termasuk negara di ASEAN. Penawaran francais di Malaysia menjadi lebih kejat dengan mewajibkan pendaftaran sebagai francais sebelum memulakan operasi francais di Malaysia. Syarikat perlu memenuhi kriteria tertentu termasuk mempunyai sistem perniagaan berformat francais yang telah terbukti berdaya saing dan perjanjian francais yang lebih lengkap. Penggiat francais menganggap langkah ini agak ke terbelakang setelah francais di Malaysia dilaksanakan secara lebih terbuka sebelum ini dan tiada negara lain mempunyai perundangan khusus ke atas francais kecuali Malaysia pada waktu itu. Namun ianya bukan satu langkah yang salah bahkan adalah perlu bagi melindungi mereka yang berminat bergiat dalam francais terutama sebagai francaisi iaitu mereka yang mengambil francais dari prinsipal iaitu francaisor. Liberasasi pasaran tidak semestinya kaedah yang terbaik dalam membangunkan ekonomi (Liam, 2000; Stern 2002) dan langkah intervensi adalah perlu dalam keadaan tertentu. Apatah lagi apabila ianya melibatkan sektor strategi Kerajaan yang melibatkan wang awam dalam jumlah yang besar. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memperkenalkan polisi yang ‘menekan’ mahupun ‘melegakan’ dalam memacu ekonomi (Hirchman, 1973). Sehubungan itu adalah penting untuk mendapatkan keseimbangan yang baik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy