Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

448 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam yang perlu diambil. Dasar dan polisi yang jelas serta latihan yang mencukupi adalah penting bagi memastikan pelaksanaan BDR mampu memenuhi visi dan misi organisasi. iii. Wujudkan satu polisi khas berkenaan dengan kaedah pelaksanaan BDR, bagaimana data dan maklumat perlu diuruskan dan penggunaan alat pengkomputeran seperti komputer riba yang dibekalkan oleh pihak organisasi. Pihak majikan dan pekerja perlu mempunyai pemahaman yang jelas adakah BDR sesuai untuk dijalankan di organisasi terbabit, langkah yang boleh diambil pekerja untuk bekerja dengan efektif sewaktu BDR dan apakah yang diharapkan oleh majikan dan pekerja melalui pelaksanaan BDR. iv. Kedah penilaian prestasi yang sistematik perlu diwujudkan bagi menilai prestasi kerja pekerja, termasuk prestasi organisasi itu sendiri.Organisasi perlu mengukur tahap prestasi pekerja yang BDR berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan. Kebanyakkan majikan menilai tahap prestasi pekerja yang BDR berdasarkan hasil kerja mereka. Pelaksanaan BDR bagi negara-negara yang terlibat dalam kajian ini telah dijalankan sebelum wabak pandemik Covid-19 berlaku. Sewaktu wabak Covid-19 melanda dunia, negara-negara yang terlibat dalam kajian ini telah mengeluarkan arahan kepada semua penjawat awam mahupun swasta untuk melaksanakan BDR kecuali bagi sektor-sektor atau skim perkhidmatan kritikal seperti kesihatan dan kewangan. Langkah ini diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ke tahap yang lebih kritikal. Setakat 17 Mei 2020, seramai 4,720,196 penduduk dunia telah dijangkiti virus ini dengan 313,220 kematian direkodkan serta 1,811,674 telah sembuh. Berdasarkan turutan negara-negara di dunia, United Kingdom berada pada tangga ke 4, Kanada (tangga ke-14), Singapura (tangga ke-27), Australia (tangga ke-51) dan New Zealand (tangga ke-87).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy