Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

447 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dengan majikan, klien dan rakan sekerja menerusi email dan telefon serta mestilah bersedia dan melibatkan diri dalam sebarang perbincangan atau mesyuarat menerusi panggilan video (teleconference) . RUMUSAN Berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas pelaksanaan BDR dalam perkhidmatan awam di negara-negara yang terpilih, terdapat persamaan antara organisasi-organisasi yang berjaya menjalankan BDR. Persamaan yang wujud dikategorikan kepada beberapa kategori iaitu pematuhan kepada dasar kerajaan dan organisasi, kemudahan teknologi yang disediakan kepada pekerja, penyesuaian kaedah pengukuran prestasi dan latihan yang disediakan. Sehubungan dengan itu, kajian ini memberi cadangan seperti di bawah kepada pihak kerajaan atau organisasi yang berhasrat untuk melaksanakan BDR di organisasi mereka: i. Program bertujuan untuk memberi satu taklimat dan penerangan yang jelas berkenaan dengan misi dan visi perlaksanaan BDR kepada para pekerja perlu dijalankan. Oranisasi yang terlibat dalam kajian ini dilihat menetapkan matlamat BDR adalah untuk mengurangkan kos pengurusan, meningkatkan tahap kepuasan kerja para pekerja mereka, supaya pekerja menjadi lebih responsif kepada orang ramai dan lebih bersedia ketika berlakunya krisis. ii. Jelaskan kepada para pekerja mengenai jenis skim perkhidmatan dan budaya kerja yang bagaimana sesuai utk BDR. Jika pihak organisasi mempunyai data-data sensitif yang tidak boleh didedahkan kepada umum, mereka perlu memaklumkan dan memberi latihan yang sewajarnya kepada pekerja yang BDR supaya mereka tahu bagaimana untuk menguruskan data-data tersebut beserta langkah keselamatan Terdapat persamaan antara organisasi-organisasi yang berjaya menjalankan BDR iaitu pematuhan kepada dasar kerajaan dan organisasi, kemudahan teknologi yang disediakan kepada pekerja, penyesuaian kaedah pengukuran prestasi dan latihan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy