Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

446 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kaedah Pelaksanaan Bagi melaksanakan BDR, senarai prasyarat di bawah mestilah dipenuhi: i. Kerja atau tugas sesuai dilaksanakan dengan BDR; ii. Dipersetujui oleh kedua-dua pihak majikan dan pekerja; iii. Tugas dapat dilaksanakan dan kos tambahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti dapat dipulihkan melalui produktiviti yang lebih tinggi atau melalui tarikan dan pengekalan tenaga kerja yang mahir; iv. Secara teknikal, kerja atau tugas dapat dilaksanakan dari perspektif sistem pengurusan maklumat dan teknologi komunikasi v. Tidak menjejaskan kerja berpasukan, operasi dan komunikasi tempat kerja; vi. Memenuhi syarat umum prestasi, keselamatan dan kesihatan kerja; vii. Diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab; dan viii. Boleh dikaji semula pada bila-bila masa apabila dimohon oleh organisasi atau pekerja yang BDR. Penilaian Prestasi Umumnya, prestasi kerja dinilai melalui prosedur pengurusan prestasi setiap organisasi. Bagi memastikan prestasi pekerja yang BDR berada pada tahap yang optimum, pekerja dan majikan digalakkan untuk kerap berbincang berkenaan dengan keperluan kerja dan jangkaan prestasi serta maklum balas prestasi dan peluang pembangunan kerja. Majikan bertanggungjawab untuk memastikan pekerja tidak berasa terasing dan wujudkan satu pelan komunikasi yang baik antaranya ialah majikan dan pekerja berkomunikasi dengan kerap, libatkan pekerja yang BDR dalam mesyuarat atau perbincangan bersama rakan sekerja yang lain serta peluang yang sama rata untuk terlibat dalam sebarang latihan. Seterusnya, majikan dikehendaki untuk menggalakkan rakan sekerja atau pihak yang berkaitan untuk berhubung secara terus dengan pekerja yang BDR. Pekerja yang BDR juga bertanggungjawab untuk kekal berhubung

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy