Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

445 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Skim yang Terlibat Tidak semua jenis pekerjaan dapat dilaksanakan melalui BDR seperti kerja yang memerlukan pekerja untuk bersemuka dengan klien ataupun yang perlu hadir secara fizikal di tempat kerja (pengawal keselamatan). Satu kit senarai semak yang dinamakan The Telecommuting Resource Kit telah dibangunkan oleh Queensland Department of Employment and Training sebagai rujukan kepada majikan dan pekerja dalam membantu mereka melihat kesesuaian untuk BDR dlaksanakan untuk pekerja yang memohon. Antara faktor penting yang disenaraikan dalam kit tersebut untuk diisi oleh pekerja ialah tahap motivasi, sikap yang positif terhadap kerja dan objektif BDR, kebolehan untuk bekerja secara bersendirian untuk mencapai matlamat tugas, kebolehan untuk merangka dan berkomunikasi dengan efektif, kebolehan untuk bekerja dengan seliaan yang minimum serta pengetahuan yang cukup berkaitan organisasi. Manakala faktor penting yang disenaraikan dalam kit tersebut untuk diisi oleh majikan merangkumi kebolehan untuk berkomunikasi dengan efektif dan menyelia pekerja menggunakan teknologi terkini, kebolehan untuk kekal fokus dengan matlamat dan hasil serta kebolehan mengurus dengan baik. Selain itu, pihak The National Employment Standards Canada , memperuntukkan satu akta di bawah Fair Work Act 2009 yang menyatakan bahawa keutamaan untuk BDR diberikan kepada pekerja seperti senarai di bawah: i. Ibu bapa yang perlu menjaga anak-anak yang masih kecil; ii. Pekerja yang kurang upaya; iii. Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas; iv. Pekerja yang didera oleh ahli keluarga; dan v. Pekerja yang memberi bantuan penjagaan atau sokongan kepada ahli keluarga terdekat atau mereka yang tinggal bersama yang mengalami penderaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy