Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

4 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam format francais telah menunjukkan daya tahan berbanding format perniagaan lain terutamanya milikan tunggal dalam menghadapi kemelesetan ekonomi (Thomas and Kwan Yuk, 2009). Dalam kesungguhan Kerajaan melaksanakan inisiatif ini, Persatuan Francais Malaysia atau lebih Malaysia Franchise Association (MFA) telah ditubuhkan pada tahun 1992, hasil kerjasama antara penggiat francais domestik bersama Kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. MFA yang merupakan satu-satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan francais pada masa tersebut, memainkan peranan penting sebagai platform mengumpul maklumat berkaitan persekitaran sektor francais dan menjadi suara bagi menjaga kepentingan industri. Ini merupakan intervensi secara terus yang pertama oleh Kerajaan dalam mengawal selia francais di Malaysia. Melalui MFA juga, satu polisi telah diperkenalkan oleh MFA kepada ahlinya pada tahun 1994 “Kod Etika Francais”dan kod ini diguna pakai bagi memastikan perkembangan francais terus subur terutama dalam membantu Kerajaan mencapai objektifnya membudayakan perniagaan dikalangan masyarakat Bumiputera. Francais terus mendapat perhatian Kerajaan melalui peruntukan telah diumumkan di bawah Rancangan Malaysia Ke Lapan (8) (RMKe-8, muka surat 387) yang berjumlah RM100 juta bagi pembangunan produk francais tempatan. Melalui MPPB, Kerajaan meneruskan fokus pembudayaan perniagaan dikalangan Bumiputera melalui francais pada peringkat awal pelaksanaannya. Inisiatif ini diteruskan sehingga Rancangan Malaysia ke 11 dimana program pembangunan francais ini bersifat lebih menyeluruh yang melibatkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Ini disebabkan fokus kini lebih memfokuskan kepada lebih produk tempatan dibawa ke pasaran luar melalui pengedaran secara francais yang boleh memacu Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih tinggi dan purata pendapatan yang lebih tinggi bagi menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. Malaysia merupakan negara pertama yang telah menggubal Akta Francais 1998 bertujuan mengawal selia pembangunan francais negara. Ia antara lain mampu membendung isu syarikat “fly by night company” yang hanya wujud bagi tujuan penyelewengan dan menawarkan skim francais yang hanya bertujuan mendapatkan fi francais dan yuran semata

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy