Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

iii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PRAKATA Setiap individu penjawat awam adalah bertanggungjawab untuk sentiasa meningkatkan kompetensi diri melalui penjanaan dan penambahan ilmu baharu. Ianya tidak tertakluk kepada ilmu dan pengetahuan dalam bidang masing-masing sahaja, tetapi juga dalam bidang-bidang lain yang mungkin tidak mempunyai perkaitan secara terus dengan tugas dan tanggungjawab semasa. Antara pendekatan untuk menjana ilmu ialah melalui pelaksanaan kajian. Bukan sahaja ia meningkatkan ilmu dan pengetahuan pegawai, bahkan penemuan yang baharu itu juga berguna apabila dikongsikan untuk tatapan dan manfaat umum. Penemuan yang relevan mampu dijadikan asas untuk pengemaskinian dasar, prosedur, peraturan dan sebagainya, terutamanya dalam konteks perkhidmatan kepada awam. Penerbitan Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam ini merupakan hasil kajian desktop separa akademik yang telah dilaksanakan oleh pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam. Sorotan ilmiah ini yang terdiri daripada Jilid I dan Jilid II adalah berdasarkan pengamatan mengenai senario semasa pelbagai (varia) ranah (bidang ilmu) dalam sektor awam yang memberi kesan langsung kepada penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar; rakyat dan pegawai awam. Dapatan yang berjaya digarap menerusi penelitian literatur kajian empirikal terdahulu membawa kepada penjelasan yang baharu dan relevan untuk menambahbaik pendekatan penyampaian perkhidmatan sedia ada. Iktikad menghasilkan penerbitan ini agar usaha pembudayaan menjanakan ilmu dipertingkatkan sentiasa sejajar dengan komitmen memperjuangkan wibawa perkhidmatan awam negara. Sekalung budi penghargaan dan tahniah buat penulis di Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar yang sentiasa mempamerkan kesungguhan di dalam menghasilkan tugasan kajian desktop ini. Semoga budaya penulisan ilmiah seperti ini sentiasa subur untuk dikongsi dan dimanfaatkan oleh sekalian penjawat awam. Dr. Anesee Ibrahim Ketua Editor

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy