Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
444 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Panduan Keterangan Menjimatkan Kos Kerja yang dilaksanakan secara BDR mestilah menjimatkan kos. Kos pendahuluan bagi tujuan tertentu dibenarkan, dengan syarat dapat dikembalikan dalam jangka masa yang munasabah. Penilaian Prestasi Bagi aspek penilaian prestasi pekerja yang BDR, majikan mempunyai kuasa untuk memantau kualiti dan kuantiti kerja secara keseluruhan di mana ia dipantau melalui komunikasi dan perbincangan yang kerap. Selain itu, matlamat prestasi ditetapkan untuk tempoh setahun dan projek diberikan beserta tempoh masa yang spesifik. Pada masa yang sama, majikan akan memberikan maklum balas dan penilaian prestasi yang bermakna. Umumnya, majikan tidak memantau dengan ketat jumlah jam kerja pekerja yang BDR, namun mereka menganggap jumlah dan kuantiti kerja yang diselesaikan serta kekerapan berkomunikasi sesama mereka sudah memadai sebagai bukti segala keperluan BDR dipenuhi. Akhir sekali, kaedah kerja secara BDR adalah diutamakan kepada pekerja yang menunjukkan tahap kompentensi yang tinggi, boleh bekerja dengan selian yang minima dan kerja-kerja yang sesuai dilaksanakan melalui kaedah BDR. Australia Pada Julai 2010, pihak Access Economics di Australia telah mengkaji semula pelaksanaan BDR di sana. Hasil daripada kajian tersebut, satu laporan telah dikeluarkan membincangkan tentang hasil daripada analisis kualitatif mengenai faedah dan manfaat BDR kepada pekerja, majikan dan masyarakat secara keseluruhan. Menerusi laporan tersebut, BDR telah dilaksanakan di Australia dan menjadi objektif kerajaan dalam National Digital Economy Strategy. Umumnya, majikan tidak memantau dengan ketat jumlah jam kerja pekerja yang BDR, namun mereka menganggap jumlah dan kuantiti kerja yang diselesaikan serta kekerapan berkomunikasi sesama mereka sudah memadai sebagai bukti segala keperluan BDR dipenuhi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy