Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
443 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kaedah Pelaksanaan Maklumat lengkap berkenaan pelaksanaan BDR mesti dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat iaitu majikan dan pekerja. Apabila permohonan pekerja untuk BDR diterima, majikan perlu memastikan pekerja yang BDR dan rakan sekerja mereka faham dengan kesan BDR. Antara perkara yang mesti dibincangkan dan dipersetujui meliputi perkara- perkara di bawah: i. Tempoh masa BDR dilaksanakan; ii. Hari dan jam kerja yang spesifik pekerja akan BDR; iii. BDR akan dilaksanakan secara biasa atau berkala; iv. Lokasi BDR dijalankan; v. Objektif kerja dan hasil yang diharapkan; vi. Isu berkaitan dengan tanggungjawab (persendirian dan peralatan); vii. Bajet berkaitan dengan perlaksanaan BDR (insuran dan utiliti); viii. Keselamatan dan kesihatan sewaktu BDR; ix. Kesan ke atas rakan sekerja; dan x. Keperluan untuk mematuhi semua aspek polisi, peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Jadual 2 : Majikan Perlu Memastikan Semua Elemen Berikut Diterapkan Panduan Keterangan Terma dan Syarat Polisi, syarat, peraturan dan terma kerja yang sedia ada terpakai seperti biasa kepada semua pekerja yang memilih untuk BDR. Bahasa Bahasa rasmi sewaktu berkomunikasi dengan klien tetap digunakan sewaktu BDR. Budaya Kerja Tugasan kerja yang dilaksanakan di rumah mestilah dapat dilaksanakan dengan baik. Kualiti dan Kuantiti Walaupun kerja dilaksanakan secara BDR, kualiti dan kuantiti kerja yang dilaksanakan mestilah sama dengan yang dijalankan di lokasi tempat kerja.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy