Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

442 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam BDR perlu mengemukakan sebab yang munasabah bersama permohonan mereka termasuk: i. Kesan yang mungkin diperoleh oleh majikan, pasukan atau klien; ii. Berapa lama BDR yang dimohon (sementara atau tetap); iii. Bagaimana mereka akan melaksanakan tugasan kerja; dan iv. Peralatan tambahan yang mungkin diperlukan bagi menjalankan BDR; Penilaian Prestasi Laporan yang dikeluarkan mendapati bahawa pihak organisasi tidak mempraktikkan startegi pengurusan pelaksanaan BDR dengan efektif di mana mereka tidak menyimpan rekod dan maklumat tentang siapa yang BDR di organisasi mereka. Malah mereka tidak dapat mengukur apakah kesan BDR ke atas sektor ekonomi, sosial dan alam sekitar (Bentley et al ., 2013). Kanada BDR di Kanada merupakan salah satu kemudahan yang terdapat dalam Telework Policy dan tarikh efektif polisi ini adalah pada 9 Disember 1999. Pihak kerajaan menyedari bahawa kaedah kerja secara fleksibel dapat mendorong organisasi-organisasi kerajaan untuk melaksanakan program BDR di mana ia dapat dilaksanakan secara ekonomi dan dengan cara yang adil, saksama dan telus. Skim yang Terlibat BDR terpakai kepada semua jabatan dan agensi di Kanada yang disenaraikan di bawah Schedule 1, Part 1 of the Public Service Staff Relations Act. Sebagai contoh, semua pekerja di Canadian Grain Commission layak untuk BDR kecuali mereka yang bekerja sebagai pegawai pemeriksa yang bekerja di lokasi untuk memeriksa bijirin (berdasarkan budaya kerja mereka, mereka mesti berada di lokasi kerja mereka secara fizikal berdasarkan waktu tertentu).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy