Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

441 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam New Zealand Pekerja yang BDR dibahagikan kepada dua kategori iaitu Berintesiti Rendah (BDR hanya sekali dalam seminggu) dan Hibrid (BDR antara 1 hingga 3 hari seminggu). Di New Zealand, BDR merupakan kaedah pelaksanaan kerja secara fleksibel yang mempunyai permintaan tertinggi daripada pekerja sama ada dalam tempoh masa yang pendek atau panjang. Antara elemen penting dalam melaksanakan BDR yang dititikberatkan oleh pihak organisasi ialah keperluan teknologi, kesihatan dan keselamatan serta impak kepada klien. Skim yang Terlibat Sehingga November 2019, terdapat 15 daripada 32 kementerian di New Zealand yang membenarkan pelaksanaan BDR antaranya adalah Kementerian Industri Utama, Kementerian Wanita dan Kementerian Alam Sekitar. Antara tugas yang kebanyakkannya boleh dijalankan melalui kedah BDR ialah penkeranian, penulisan atau semakan laporan, komunikasi dan perhubungan, perancangan dan penjadualan, khidmat pelanggan, pengurusan, latihan dan pendidikan, kajian dan pembangunan serta analisa data. Kaedah Pelaksanaan Bermula dari 1 Julai 2008, di bawah Part 6AA of the Employment Relations (Flexible Working Arrangements) Amendment Act 2007 , pekerja yang terlibat dengan penjagaan ahli keluarga yang berkeperluan khas layak untuk memohon BDR daripada majikan mereka. Akta tersebut terpakai kepada mana-mana pekerja yang perlu menjaga ahli keluarga bekeperluan khas, telah berkhidmat selama enam bulan dan ke atas serta belum pernah membuat permohonan untuk BDR. Majikan yang menerima permohonan daripada pekerja mereka untuk BDR perlu memberi maklum balas kepada permohonan yang diberi dalam tempoh sebulan selepas ia dikemukakan. Manakala pekerja yang membuat permohonan untuk Di bawah Part 6AA of the Employment Relations (Flexible Working Arrangements) Amendment Act 2007, pekerja yang terlibat dengan penjagaan ahli keluarga yang berkeperluan khas layak untuk memohon BDR daripada majikan mereka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy