Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
440 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam viii. Pihak pengurusan juga perlu mengkaji langkah terbaik bagi menyelia dan menguruskan pekerja yang BDR. Selain itu, terdapat juga peranan yang perlu diambil kira oleh pekerja yang memilih untuk BDR i. Walaupun semua pekerja berhak untuk melaksanakan kerja secara BDR, mereka perlu faham bahawa tidak semua skim atau pekerjaan dapat dilaksanakan melalui kaedah ini dan tertakluk kepada keperluan organisasi; ii. Jika pekerja telah berkhidmat selama 26 minggu dan ke atas, mereka layak untuk memohon BDR sekali dalam tempoh 12 bulan yang dikenali sebagai permohonan berkanun (statutory request); dan iii. Pastikan pihak pengurusan sumber manusia merekod segala maklumat berkaitan dengan pelaksanaan BDR oleh pekerja. Penilaian Prestasi Pihak organisasi mengambil langkah di bawah bagi memastikan objektif organisasi dapat dicapai antaranya ialah: i. Tetapkan objetif dengan mengambil kira kaedah BDR yang dijalankan oleh pekerja, serta persetujuan yang telah dicapai bersama tentang bagaimana prestasi kerja mereka diukur; ii. Atur perbincangan tentang prestasi kerja mereka yang BDR melalui panggilan telefon atau secara bersemuka dengan kerap; iii. Jika terdapat pekerja yang BDR mempunyai prestasi kerja yang rendah atau tidak memuaskan, langkah terbaik diambil dengan mengambil kira pandangan pihak yang menguruskan prestasi pekerja; dan iv. Pekerja yang BDR mendapat peluang yang sama rata dan adil dengan pekerja yang tidak BDR bagi mendapatkan latihan pembangunan kerjaya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy