Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

439 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kaedah Pelaksanaan Antara kaedah pelaksanaan BDR ialah perjanjian kerja secara BDR sementara boleh dipersetujui untuk jangka masa sehingga 12 bulan, tempoh percubaan akan digunakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan BDR kepada majikan dan pekerja sebelum persetujuan secara rasmi bagi membenarkan pekerja untuk BDR dalam tempoh masa yang lebih lama dan perjanjian kerja BDR sementara dan tempoh percubaan akan memerlukan perubahan kontrak sekiranya terdapat kesan kepada terma dan syarat seperti gaji dan cuti tahunan pekerja.Antara peranan majikan adalah: i. Menguruskan semua permintaan, termasuk rayuan, dalam masa tiga bulan; ii. Pertimbangkan semua permintaan untuk BDR dengan adil dan saksama dan berdasarkan pada keperluan masing-masing, dengan mengambil kira kesan kepada organisasi dan pasukan. Setiap keputusan yang diambil perlu memastikan kumpulan dapat beroperasi dengan efektif; iii. Pelaksanaan BDR perlu dikaji secara berkala untuk memastikan bahawa ia terus memenuhi keperluan organisasi dan juga peribadi; iv. Sahkan perbualan mengenai pengaturan kerja yang fleksibel secara bertulis dan berikan alasan jika menolak permintaan atau mencadangkan perubahan pengaturan yang ada; v. Pastikan pekerja yang memilih untuk BDR faham dengan segala maklumat penting berkaitan keselamatan maklumat, peralatan dan kesihatan; vi. Semak semula kaedah pelaksanaan BDR bersama pekerja yang terlibat berdasarkan sela masa yang telah dipersetujui, minima sekali setahun; vii. Pastikan tiada bebanan kerja tambahan ditanggung oleh ahli pasukan yang tidak menjalankan BDR dan jika ada, langkah sebaiknya perlu diambil; dan Antara kaedah pelaksanaan BDR ialah perjanjian kerja secara BDR sementara boleh dipersetujui untuk jangka masa sehingga 12 bulan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy