Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

438 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam vi. Majikan mengenalpasti hasil kerja pekerja melalui borang penilaian prestasi, laporan bulanan atau pekerja menilai sendiri prestasi kerja mereka setiap hari. Ini membolehkan pekerja membandingkan hasil atau prestasi kerja mereka dari semasa ke semasa; dan vii. Jadualkan penilaian yang sedang berjalan dan semak semula jika perlu. Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada pengurusan prestasi dan bimbingan yang berkesan, majikan seharusnya memberikan maklum balas secara berkala. Pekerja ingin mengetahui sama ada mereka melakukan tugasan dengan baik atau tidak. Maklum balas sangat penting bagi pekerja yang BDR supaya mereka tahu bagaimana keadaan mereka dan apakah langkah atau penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan pelaksanaan BDR berjaya. United Kingdom Terdapat dua (2) kaedah pelaksanaan BDR yang ditawarkan di United Kingdom iaitu Kerja Jarak Jauh (Remote working) di mana pekerja boleh memilih untuk bekerja di mana-mana lokasi selain daripada tempat kerja mereka yang seperti kebiasaan ataupun BDR di mana pekerja boleh memilih untuk BDR pada keseluruhan atau beberapa hari bagi setiap minggu. Skim yang Terlibat Semua pekerja berhak untuk memohon BDR, namun kaedah ini tidak terpakai bagi pekerja di agensi. Malah, BDR atau Kerja Jarak Jauh tidak sesuai untuk semua jenis pekerjaan seperti pekerjaan yang perlu untuk berurusan dengan pelanggan. Maklum balas sangat penting bagi pekerja yang BDR supaya mereka tahu bagaimana keadaan mereka dan apakah langkah atau penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan pelaksanaan BDR berjaya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy