Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
437 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Garis Panduan Keterangan Hubungan di pejabat • Galakkan interaksi dengan pekerja yang BDR setiap kali mereka berada di pejabat. Ini kerana hubungan kerja yang baik dapat dikekalkan melalui komunikasi secara bersemuka. Senarai Semak • Sediakan senarai semak mengenai tugas kerja yang perlu dilakukan apabila melakukan kerja di rumah dan di pejabat. Pelan Komunikasi • Pelan komunzikasi harus dibuat bagi memastikan majikan atau rakan sekerja maklum tentang tugas yang telah diselesaikan, cara atau bila ia selesai dan sejauhmana pekerja tersebut berjaya menyelesaikannya. Penilaian Prestasi Penilaian prestasi diukur menggunakan kaedah Pengurusan Berdasarkan Hasil (Management by Results) dengan mengfokuskan kepada hasil dan kesan seperti berikut: i. Kaji semula tugas dan tanggungjawab kerja semasa bagi mencapai persetujuan bersama antara pengurus dan pekerja; ii. Tentukan hasil dan kesan yang dapat diukur; iii. Tentukan siapa yang menerima atau memantau hasil serta kesannnya, dan bila ia akan dilakukan; iv. Gunakan bahasa yang mudah difahami serta elakkan penggunaan bahasa yang subjektif dan kabur. Terangkan dengan jelas dan spesifik untuk mengelakkan salah faham mengenai perkara yang diperlukan; v. Hubungkan hasil atau kesan dengan matlamat organisasi. Ia adalah penting untuk memahami fungsi tugas dan hubungkaitnya dengan matlamat, misi dan perkhidmatan organisasi;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy