Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
436 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Jadual 1: Garis Panduan untuk Majikan bagi Menyelia Pekerja BDR Garis Panduan Keterangan Tidak dapat dilihat bukan bermaksud tiada di tempat kerja • Kepercayaan, perjanjian bertulis yang jelas, ketetapan tujuan dan objektif akan membantu untuk mengatasi persepsi majikan bahawa pekerja yang tiada di tempat kerja secara fizikal tidak bekerja. • Pekerja mestilah dapat dihubungi dalam jangka masa yang ditentukan. Namun majikan seharusnya lebih memahami, kadangkala walaupun pekerja berada di tempat kerja secara fizikal, mereka tidak dapat dihubungi. Pengurusan berdasarkan hasil • Tentukan objektif, tetapkan matlamat yang jelas dan tentukan langkah yang perlu diambil serta tempoh masa yang diberikan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. • Pengurusan melalui Hasil (Management by Results). Bersikap fleksibel • Aspek pekerjaan mungkin harus berubah mengikut perubahan keperluan pekerjaan, atau jika ada perubahan pada keseluruhan objektif jabatan • Ini mungkin menandakan perlunya kembali ke jadual asal iaitu tanpa pelaksanaan BDR. Perkembangan dan kemajuan kerjaya • Kemajuan kerjaya tidak boleh dipengaruhi oleh BDR. • Beban kerja, kemajuan kerjaya dan prestasi pekerja adalah faktor penentu untuk penilaian dan pertumbuhan kerjaya. Sokongan dan bimbingan • Selama tempoh awal penyesuaian kepada BDR, komunikasi biasa, tetapi tidak mengganggu melalui telefon, faks atau e-mel yang dimulakan oleh majikan dapat membantu mengurangkan kerisauan yang mungkin dirasakan oleh pekerja yang BDR kerana kurangnya komunikasi dalam tempoh tersebut. • Melibatkan mereka dalam lebih banyak perjumpaan kumpulan dan mendorong mereka untuk meluangkan lebih banyak masa di pejabat juga merupakan strategi untuk membantu mereka mengatasi kegelisahan yang dihadapi. Ulasan berkala • Dilakukan supaya pekerja dan majikan dapat mengkaji kemajuan, membuat penyesuaian dan menilai keberkesanan pelaksanaan BDR.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy