Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
435 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam ii. Kerja yang tidak memerlukan pekerja untuk bersemuka dengan klien/rakan sekerja secara kerap dan boleh dikendalikan dari jarak jauh; iii. Bahan berkaitan kerja yang mudah dibawa dan dipindahkan; iv. Tugas yang memerlukan tumpuan dalam jangka masa yang panjang tanpa gangguan (penulisan, memasukan data, panggilan telefon); v. Pekerjaan yang boleh dilakukan di kawasan kecil yang mungkin terbatas; vi. Pekerjaan yang tidak memerlukan maklum balas berterusan dari rakan sekerja; dan vii. Pekerjaan di mana tugas dapat dilakukan oleh seorang pekerja atau digabungkan dengan pekerja lain di kemudian hari. Kaedah Pelaksanaan Setelah ditentukan bahawa BDR dapat dilaksanakan, pekerja dan majikan perlu berbincang tentang syarat perjanjian mereka. Antara syarat tesebut termasuk: i. Tempoh percubaan - selepas tempoh percubaan ditentukan, perlu ada penilaian berkala terhadap program BDR sama ada perlu diubahsuai, kejayaan program BDR atau penamatan program sekiranya perlu; ii. Jadual waktu kerja sama ada di pejabat atau luar pejabat - pekerja boleh memilih untuk BDR dalam beberapa hari setiap bulan; iii. Isu keselamatan berkaitan maklumat hak milik; iv. Peralatan pejabat dan teknikal yang diperlukan dan siapa yang akan bertanggungjawab untuk kos penyelenggaraan; v. Perjanjian bertulis mengenai peralatan yang dipinjamkan kepada pekerja dan jaminan untuk dikembalikan dengan selamat; dan vi. Perjanjian bertulis akhir merangkumi syarat organisasi, yang menjelaskan keseluruhan syarat-syarat perjanjian.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy