Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

3 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Francais merupakan salah satu kaedah memperkembangkan perniagaan terutama di bidang peruncitan yang sangat popular (Petersan & Welch, 2000) kerana kaedah ini mengurangkan penggunaan sumber oleh prinsipal asal perniagaan iaitu francaisor. Francais di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1940’an lagi (Awalan, 1999) apabila jenama Singer yang juga antara pelopor awal sistem francais yang terawal mula bertapak di Malaysia. Selepas kemasukan jenama Singer, lain-lain jenama francais perlahan lahan memasuki pasaran Malaysia terutama dari sektor restoran.. Kepesatan francais di Malaysia bermula pada tahun 1980’an apabila ekonomi Malaysia semakin pulih daripada kemelesetan yang berlaku pada dekad lepas. Dalam kebanjiran jenama francais asing, bermulanya satu jenama makanan segera tempatan pada tahun 1981 iaitu ‘Marrybrrown’ dan ini telah menginspirasikan kepada pertumbuhan jenama francais tempatan yang lain. Dalam tempoh ini tiada akta atau peraturan khusus bagi mengawal selia francais di Malaysia dan hanya menggunakan peruntukan perundangan yang sedia ada seperti Akta Syarikat 1965 serta Akta Kontrak 1950 dan peruntukan di bawah undang- undang kecil kerajaan tempatan. Ini menjadikan pembangunan keusahawanan sektor francais lebih organik dan terbuka. Intervensi oleh Kerajaan Malaysia dalam sektor francais bermula pada awal tahun 1990 melalui Rancangan Malaysia ke 6. Melalui MPPB, Kerajaan berhasrat melibatkan lebih ramai Bumiputera dalam perniagaan dalam format francais dengan menawarkan geran dan pinjaman rendah faedah selain menyediakan latihan asas melalui agensi Kerajaan. Antara faktor yang menyebabkan francais menjadi kaedah bagi membudayakan perniagaan di kalangan Bumiputera adalah francais telah terbukti diseluruh dunia dalam membangunkan keusahawanan (Clarkin dan Rossa, 2005) serta perniagaan Francais di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1940’an lagi (Awalan, 1999) apabila jenama Singer yang juga antara pelopor awal sistem francais yang terawal Intervensi oleh Kerajaan Malaysia dalam sektor francais bermula pada awal tahun 1990 melalui Rancangan Malaysia Ke-6

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy