Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

434 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH BAGI PELBAGAI NEGARA Sebanyak lima negara telah dipilih untuk dipertimbangkan sebagai rujukan bagi kajian ini. Negara-negara tersebut dipilih berdasarkan kepada indeks International Civil Service Effectiveness (InCiSE) 2019. Berdasarkan indeks tersebut, negara yang memperoleh indeks tertinggi secara keseluruhan adalah United Kingdom, diikuti oleh New Zealand, Kanada dan Australia. Selain itu, kajian ini turut memilih Singappura sebagai rujukan kerana tahap ekonomi yang sangat baik dan pada tahun 2012, negara tersebut dipilih sebagai negara yang mempunyai tahap keterbukaan ekonomi tertinggi di dunia (World Economic Forum, 2012). Sejajar dengan organisasi lain yang sangat kompetitif di seluruh dunia, dasar sumber manusia dalam sesebuah organisasi di Singapura adalah sangat baik. Sebagai contoh, 87 peratus organisasi di Singapura melaporkan bahawa mereka membenarkan kakitangan mereka untuk BDR, berbanding dengan purata global 79 peratus (Robert Half Singapore, 2012). 91 peratus pekerja sektor awam mempunyai peluang untuk BDR, berbanding 88 peratus pekerja syarikat swasta dan 83 peratus pekerja syarikat awam yang disenaraikan (Singapore Business Review, 2012). Singapura Program BDR yang dijalankan di Singapura dikenali dengan nama Flex@PSD. Jika pekerja memilih untuk BDR, mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada penyelia, seterusnya mereka boleh memilih waktu kerja mereka setiap hari dengan syarat mereka mesti melengkapkan 42 jam waktu bekerja setiap minggu. Skim yang Terlibat Antara ciri-ciri pekerjaan yang sesuai untuk BDR adalah seperti di bawah: i. Tugasan yang ditentukan dengan jelas dan mempunyai hasil yang dapat diukur;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy