Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
433 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Laporan daripada The 2016 United State Government Accountability Office (GAO) menunjukkan bahawa faedah yang paling sering dilihat apabila BDR dipraktiskan adalah pengurangan ketidakhadiran pekerja, keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, pengambilan dan pengekalan pekerja yang lebih baik, mengekalkan kesinambungan operasi semasa keadaan darurat seperti cuaca buruk, mengurangkan kos perjalanan atau subsidi transit, peningkatan produktiviti, pengurangan kos harta tanah dan kos utiliti berkurang. Kebanyakkan kajian menggunakan kerangka kerja kos dan faedah BDR yang dicadangkan oleh Nilles, Carlson, Gray dan Hanneman (1976). Jadual 1 : Faedah dan Kos Bekerja dari Rumah Tahap Faedah Kos Pekerja • Menjimatkan kos perjalanan dan masa • Dapat mengoptimumkan kemampuan untuk bekerja tidak kira di mana atau bila tugasan kerja dilakukan. • Keseimbangan kerjaya-kehidupan • Mewujukan stesen kerja di rumah • Kesan secara profesional dan sosial apabila tidak berada di pejabat • Kos keperluan untuk menyeimbangkan kerja dan keluarga Majikan • Pengurangan ketidakhadiran pekerja • Pengurangan kos harta, tapak dan utiliti • Produktiviti pekerja yang lebih tinggi, pengekalan pekerja yang lebih baik, keupayaan untuk merekrut individu yang tidak bergantung kepada tempat kediaman mereka • Kos bagi menyediakan fasiliti untuk membolehkan BDR dijalankan • Sukar untuk menjalankan pengawasan ke atas pekerja • Sukar untuk menjalankan kerja-kerja yang diperoleh secara ad hoc Faedah apabila BDR dipraktiskan adalah pengurangan ketidakhadiran pekerja, keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, pengambilan dan pengekalan pekerja yang lebih baik, mengekalkan kesinambungan operasi semasa keadaan darurat seperti cuaca buruk, mengurangkan kos perjalanan atau subsidi transit, peningkatan produktiviti, pengurangan kos harta tanah dan kos utiliti berkurang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy