Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
432 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam berinovasi bagi mengembangkan dan menerapkan praktik baru yang lebih baik (de Vries, Bekkers, & Tummers, 2016; Osborne & Brown, 2005). Berdasarkan fenomena di atas, satu inovasi organisasi yang semakin diterima pakai dalam organisasi awam ialah BDR (Caillier, 2012; de Vries, Tummers, & Bekkers, 2017). Melalui praktis BDR, para pekerja diberi peluang untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian daripada tugas mereka sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian (Caillier, 2012). Sebagai contoh, Barack Obama menyatakan bahawa bagi menarik minat dan mengekalkan pekerja yang produktif, polisi tempat kerja yang fleksibel bukan hanya baik untuk perniagaan atau ekonomi mereka, malah ia memberi manfaat kepada keluarga dan masa depan negara (The White House, 2010). Namun demikian, apakah sebenarnya kesan BDR kepada karjaya dan kehidupan penjawat awam? Adakah ia benar-benar mendatangkan kesan positif? Apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melaksanakan praktis tersebut? Berdasarkan persoalan berikut, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan di atas dengan mengkaji kesan BDR ke atas penjawat awam dari pelbagai negara. KAJIAN LITERATUR BEKERJA DARI RUMAH Dalam bahagian ini, definisi Bekerja dari Rumah (BDR) akan dibincangkan serta hasil kajian mengenai BDR bagi mengetahui faedah dan kos BDR. BDR adalah pengaturan kerja yang fleksibel di mana pekerja melakukan semua atau sebahagian besar pekerjaan mereka secara fizikal yang berlainan dari lokasi organisasi mereka, menggunakan teknologi maklumat untuk beroperasi dan berkomunikasi (Baruch, 2001). Kaedah BDR mula diberi perhatian bermula pada tahun 1970-an di mana istilah telekomunikasi digunakan untuk menunjukkan bekerja bukan di pejabat, menggunakan alat komunikasi seperti telefon sebagai pengganti jarak fizikal (Nilles, Carlson, Gray, & Hanneman, 1976).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy