Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

431 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENDAHULUAN Menurut Lippe dan Lippényi (2018), pada masa kini, satu gaya kerja baharu telah banyak dipraktiskan dalam dunia pekerjaan iaitu Bekerja dari Rumah (BDR) atau Working from Home di mana ia turut dipanggil telekomunikasi dan telework. Bloom, Liang, Roberts dan Ying (2014) menyatakan bahawa BDR menjadi satu tren yang biasa di praktiskan. Di Eropah, dianggarkan bahawa kira-kira satu daripada lapan pekerja bekerja dari rumah sekurang-kurangnya beberapa kali dalam sebulan di seluruh 28 negara EU (Chung, 2018). Data bancian dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menunjukkan bahawa, masing-masing, 23% dan 5% pekerja BDR sekurang-kurangnya beberapa kali (Eurostat, 2016; U.S. Department of Labor, 2015). Kebanyakkan organisasi awam melaksanakan BDR yang merupakan inovasi organisasi yang diharapkan dapat memperbaiki mutu kerja. Namun, tidak jelas sejauh mana BDR memberi manfaat kepada penjawat awam. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh organisasi awam ialah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan sosial, pentadbiran, dan teknologi yang mereka hadapi (Osborne & Brown, 2005). Sebagai contoh, kerana lebih banyak wanita di tempat kerja, kedua-dua pasangan bekerja, dan terdapat pekerja yang ingin mengurus dan menyeimbangkan tanggungjawab kerja dan kehidupan, terdapat peningkatan permintaan daripada para pekerja yang mahu satu program kerja secara fleksibel diwujudkan bagi menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan kehidupan (Caillier, 2013). Ini telah memberi satu cetusan baharu kepada organisasi awam untuk Melalui praktis BDR, para pekerja diberi peluang untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian daripada tugas mereka sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian Kaedah BDR mula diberi perhatian bermula pada tahun 1970-an di mana istilah telekomunikasi digunakan untuk menunjukkan bekerja bukan di pejabat, menggunakan alat komunikasi seperti telefon sebagai pengganti jarak fizikal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy