Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

430 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Bekerja dari Rumah dalam Perkhidmatan Awam di Negara-Negara Terpilih Nor Hafifah binti Abdullah, N41 ABSTRAK Kebanyakkan organisasi awam di luar negara seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand, Kanada dan Australia melaksanakan kaedah Bekerja dari Rumah (BDR) yang merupakan inovasi organisasi yang diharapkan dapat memperbaiki mutu kerja penjawat awam. Namun demikian, apakah sebenarnya kesan BDR kepada karjaya dan kehidupan penjawat awam dan apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melaksanakan praktis tersebut? Berdasarkan persoalan berikut, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan di atas dengan mengkaji kesan BDR ke atas penjawat awam dari pelbagai negara. Hasil kajian mendapati antara faedah yang paling sering dilihat apabila BDR dipraktiskan adalah pengurangan ketidakhadiran pekerja, keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, pengambilan dan pengekalan pekerja yang lebih baik, mengekalkan kesinambungan operasi semasa keadaan darurat seperti cuaca buruk, mengurangkan kos perjalanan atau subsidi transit, peningkatan produktiviti, pengurangan kos harta tanah dan kos utiliti berkurang.Di akhir kajian, terdapat beberapa langkah yang dicadangankan kepada pihak organisasi bagi melaksanakan BDR secara berkesan dan menghasilkan impak positif. Antara langkah yang dicadangkan ialah memberi satu taklimat dan penerangan yang jelas berkenaan dengan misi dan visi perlaksanaan BDR, jelaskan kepada para pekerja mengenai jenis skim perkhidmatan dan budaya kerja yang bagaimana sesuai utk BDR, wujudkan satu polisi khas berkenaan dengan kaedah pelaksanaan BDR dan mewujudkan kedah penilaian prestasi yang sistematik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy