Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

427 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Antaranya ialah nilai rumah perlu dikekalkan berdasarkan nilai semasa awal penyewaan dan tidak berubah mengikut harga pasaran selepas 5 tahun pertama dan mempromosikan lambakan unit rumah yang tidak terjual dan seterusnya dapat menyelesaikan housing glut dalam pasaran rumah. Keutamaan juga harus diberikan kepada mereka terutamanya golongan muda yang mempunyai rekod pembayaran hutang yang baik berbanding mereka yang culas dalam menyelesaikan hutang mereka. Inisiatif ini juga adalah bagi membantu golongan muda daripada terkesan dengan tekanan inflasi harga rumah dan lambakan unit rumah yang tidak terjual. PENUTUP Kerajaan pada masa ini giat menjalankan kempen pemilikan rumah sendiri terutamanya di kalangan golongan muda dan rakyat berpendapatan rendah seperti Home Ownership Campaign (HOC) yang telah diadakan pada tahun 2019. Ini kerana golongan muda sering dikaitkan dengan isu keberhutangan yang serius. Justeru, dengan adanya kempen seumpama itu, dapat memberi sokongan dan galakan kepada golongan muda untuk terus melabur dalam perumahan sebagai aset di masa akan datang. Secara tidak langsung, ini dapat memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak membazir dengan pendapatan yang mereka terima untuk perkara yang tidak berfaedah terutamanya kepada mereka yang baru selesai menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Inisiatif daripada kerajaan ini juga diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana agar mampu membeli rumah mampu milik yang terletak di kawasan bandar utama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy