Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
426 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (v) Memulihkan kedudukan kewangan isi rumah Bagi isi rumah, pembelian rumah adalah antara keputusan kewangan paling besar yang perlu dibuat. Walau bagaimanapun, sebahagian besar isi rumah didapati tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi. Lebih 75% rakyat Malaysia mendapati sukar untuk memperoleh RM1,000 bagi memenuhi keperluan kecemasan, manakala 47% belia terlibat dengan peminjaman kad kredit yang melampau. Gabungan faktor celik kewangan yang rendah dalam kalangan isi rumah, keberhutangan isi rumah yang tinggi dan kenaikan harga rumah yang melebihi peningkatan pendapatan isi rumah telah mengurangkan kemampuan isi rumah untuk memiliki rumah. Hal ini menekankan pentingnya bagi pembeli rumah membuat keputusan kewangan yang bijak agar tidak terbelenggu dengan tanggungjawab kewangan mereka. Mereka juga perlu memahami bahawa kos memiliki rumah bukan hanya melibatkan kos pembelian semata-mata. (vi) Mengukuhkan pasaran rumah sewa-beli Cadangan pemilikan rumah kepada golongan muda juga boleh dipertimbangkan melalui pasaran rumah sewa-beli yang bermatlamatkan agar semua rakyat dapat memiliki rumah sebagai keperluan asas manusia. Inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada golongan muda dan rakyat berpendapatan rendah yang gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan atau unbankable . Isi rumah didapati tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi Cadangan pemilikan rumah kepada golongan muda juga boleh dipertimbangkan melalui pasaran rumah sewa- beli yang bermatlamatkan agar semua rakyat dapat memiliki rumah sebagai keperluan asas manusia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy