Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

425 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (iii) Mewujudkan pangkalan data perumahan dan data pemohon diurus dengan cekap Pangkalan data bersepadu adalah penting untuk menangani maklumat yang tidak selari dalam pasaran rumah mampu milik. Maklumat yang sukar didapati seperti pendapatan, ciri-ciri dan pilihan isi rumah telah mengekang keupayaan menyesuaikan bekalan rumah bagi memenuhi permintaan isi rumah dengan berkesan. Pangkalan data perlu mengandungi maklumat pendapatan, jumlah isi rumah, ciri-ciri dan pilihan rumah seperti saiz binaan serta lokasi. Kaji selidik secara berkala boleh dilakukan untuk mengumpul data isi rumah. Maklumat seperti ini boleh menjadi panduan kepada pasaran mengenai keadaan bekalan dan wajar digunakan Kerajaan dan pemaju perumahan sebagai sumber maklumat pembangunan masa hadapan. (iv) Mengurangkan kos pembinaan Usaha untuk mengurangkan kos perumahan adalah penting bagi memastikan harga rumah dapat dikurangkan ke paras yang lebih mampu milik. Kos pembinaan yang tinggi masih merupakan antara kekangan terbesar untuk menyediakan rumah mampu milik dalam jumlah yang besar kerana kos seperti bahan binaan, pekerja, pematuhan dan tanah boleh mencecah sehingga 80% daripada harga rumah. Penggunaan kaedah pembinaan yang canggih dari sudut teknologi di Malaysia juga dikekang oleh bilangan pekerja asing berkemahiran rendah dan pertengahan adalah tinggi di mana kos tenaga kerja adalah lebih rendah. Pangkalan data perlu mengandungi maklumat pendapatan, jumlah isi rumah, ciri-ciri dan pilihan rumah seperti saiz binaan serta lokasi. Kaji selidik secara berkala boleh dilakukan untuk mengumpul data isi rumah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy