Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

2 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Intervensi Kerajaan Dalam Pembangunan Sosial: Perspektif Keusahawanan Francais Afkhar Razi bin Mohamed @ Ariffin, M52 ABSTRAK Dalam usaha Kerajaan menaik taraf ekonomi domestik pelbagai inisiatif telah diperkenalkan di dalam Rancangan Malaysia di samping mempelbagaikan penglibatan aktiviti ekonomi masyarakat terutamanya Bumiputera. Beberapa inisiatif bersifat intervensi dan juga integrasi telah dilaksanakan melalui polisi “Masyarakat Perdagangan dan Industri Bumiputera” (MPPB). Sektor perniagaan francais telah menjadi salah satu fokus dalam MPPB disebabkan kaedah perniagaan yang lengkap dan dilihat mudah untuk membina budaya keusahawanan. Intervensi ini memberikan kesan yang besar terhadap hala tuju francais di Malaysia termasuk baik dan buruknya. Kesan terhadap penggiat francais tempatan amat ketara dan paling terkesan justeru itu pihak pembuat polisi perlu meneliti setiap polisi yang diperkenalkan bagi mendapat faedah yang maksimal dan meminimumkan sebarang kesan buruk jika ada. Intervensi dalam ekonomi jua sering dilihat gangguan terhadap efisiensi dalam sektor ekonomi dan menjadikan ia tidak terbuka seterusnya menjadi penghalang kepada perkembangan ekonomi secara organik. Perlu dilihat intervensi Kerajaan ini sama ada perlu diteruskan atau dinilai semula bagi mencapai objektif yang diharapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy