Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

424 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan antaranya seperti berikut: (i) Pemadanan latar belakang syarikat pembinaan dengan pelaksanaan projek perumahan Penawaran projek perumahan PPAM sepatutnya ditawarkan kepada syarikat swasta yang melaksanakan pembangunan projek perumahan dan bukan sebaliknya. Ini bagi memastikan kualiti pembinaan menepati spesifikasi dan garis panduan pembinaan rumah serta memberi jaminan bahawa rumah tersebut adalah selamat untuk diduduki. Langkah ini juga adalah bagi memastikan pembinaan projek PPAM adalah selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). (ii) Pemusatan inisiatif perumahan mampu milik Satu entiti khas perlu ditubuhkan untuk menerajui inisiatif perumahan mampu milik dalam kalangan pelbagai agensi Kerajaan dan negeri. Peruntukan rumah mampu milik pada masa ini tidak bersepadu dan tidak selaras di seluruh negara. Strategi pemusatan tersebut akan dapat meningkatkan kecekapan perancangan, pelaksanaan dan langkah tindakan. Manfaat strategik lain yang boleh diraih daripada pewujudan entiti tunggal sedemikian termasuklah aktiviti pembinaan yang lebih giat dan kos pembangunan yang lebih rendah hasil daripada ekonomi mengikut bidang dan spesifikasi projek juga adalah seragam. Objektif Dasar Perumahan Negara (2018-2025) iaitu “Rumah Berkualiti, Harapan Rakyat” dan juga hasrat Kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal yang mempunyai persekitaran yang selamat, lengkap dan sejahtera di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa, sektor swasta perlu diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahan negara Satu entiti khas perlu ditubuhkan untuk menerajui inisiatif perumahan mampu milik dalam kalangan pelbagai agensi Kerajaan dan negeri

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy