Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
422 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Selain itu, aspek pembayaran fi, proses pembangunan dan perundangan jual beli juga melibatkan kos. Kos ini mungkin boleh diberikan perhatian oleh pihak pemaju dan Kerajaan supaya tidak membebankan pembeli. Kos rumah juga bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Jika tahap inflasi tinggi harga rumah selalunya naik untuk bertahan lama di pasaran dengan pembelian yang berkurangan. Di samping itu, aspek pembelian untuk pelaburan harta juga akan menaikkan permintaan yang secara tidak langsung menaikkan harga pasaran. Dalam mengejar sasaran untuk menyiapkan projek Kerajaan, pihak pemaju akan terikat dengan tempoh masa yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, pihak pemaju bagi projek PPAM kebanyakannya akan menggunakan sektor pembinaan berasaskan industri atau Industrialised Building System (IBS) yang merupakan satu kaedah pembinaan menggunakan bahan binaan yang diindustrikan di kilang pembuatan. Kaedah ini dapat menggantikan kaedah konvensional di mana ia dapat mengurangkan tenaga buruh asing selain dapat meningkatkan kualiti binaan, pengurangan kos dan masa pembinaan. IBS merupakan satu sistem pembinaan yang dibina dengan menggunakan komponen pra-fabrikasi di mana pembuatan komponen dilakukan secara sistematik dengan menggunakan mesin, acuan dan peralatan mekanikal yang lain. Komponen yang telah siap dihasilkan di luar tapak atau di kilang akan dihantar terus ke tapak bina untuk pemasangan. Selaras dengan matlamat utama Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 - 2020 (RMKe-11) supaya semua rakyat dapat menikmati tahap kualiti hidup yang lebih baik, RMKe-11 juga menjadi platform penting dalam usaha Kerajaan melaksanakan anjakan dasar pembangunan dan merangka pendekatan baharu bagi menangani pelbagai cabaran baharu dan sedia ada. Dalam Bidang Fokus B RMKe-11 turut menekankan dalam penyediaan perumahan mampu milik yang mencukupi dan berkualiti iaitu untuk meningkatkan akses kepada perumahan mampu milik mengikut kumpulan sasar serta memperkukuh perancangan dan pelaksanaan untuk pengurusan perumahan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy