Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

421 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (c) Pembeli perlu menanggung kos bayaran penyelenggaraan Pembeli juga bertanggungjawab untuk membayar kos penyelenggaraan sebanyak RM0.25 kaki persegi seperti mana dalam perjanjian jual beli yang asal. Walau bagaimanapun, bayaran tersebut telah dikurangkan kepada RM0.17 kaki persegi. Namun demikian, bagi penjawat awam jumlah tersebut masih lagi tinggi. Sebagai contoh pembeli yang membeli unit PPAM dengan keluasan 1,000 kaki persegi perlu membayar RM170 sebulan bagi menampung kos penyelenggaraan landskap dan pembuangan sampah sahaja. Sedangkan kemudahan lain seperti pengawal keselamatan, kolam renang, gimnasium tidak disediakan. Jumlah tersebut juga belum termasuk bayaran sinking fund sebanyak 10 peratus yang akan bertambah dari tahun ke tahun. (d) Kerenah pemaju projek yang tidak bertanggungjawab dalam mematuhi pelan asal yang telah diluluskan Dalam masa yang sama, pihak pembeli ada yang berdepan dengan masalah pemaju yang membuat perubahan pada pelan asal bangunan tanpa memaklumkan dan mendapat persetujuan daripada pembeli. Secara umumnya harga rumah bergantung kepada beberapa faktor. Pertama adalah kos pembinaan rumah tersebut di atas tanah tertentu. Terdapat komponen harga tanah yang dipengaruhi lokasi dan keadaan tanah, infrastruktur umum terbabit, pembinaan struktur asas bangunan, kemasan bangunan, dan aspek perundangan. Kedua adalah lokasi tapak cadangan perumahan. Tapak tanah di bandar adalah terhad dan mahal yang menyebabkan pemaju membina rumah mewah seperti membina kondominium yang mempunyai densiti yang lebih tinggi dalam kawasan tanah yang terhad. Harga tanah amat sukar dikawal dan kita dapat melihat kenaikan harga setiap tahun. Pembinaan rumah kos tinggi tidak mampu dibeli golongan sasaran pertengahan dan bawah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy