Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
420 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (b) Kediaman PPAM yang dibeli tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan Bukan itu sahaja, ada juga rumah yang baru sahaja diduduki seminggu dua tetapi sudah berlaku tragedi banjir di aras kediaman akibat daripada kerosakan pelampung kolam tadahan. Itu belum termasuk kecacatan yang ditemui setelah baru menerima kunci daripada pihak pemaju. Boleh dikatakan hampir separuh daripada unit PPAM dilaporkan mempunyai banyak kecacatan kecil yang mana dapat disimpulkan sebagai satu kecuaian daripada pihak pemaju atas dasar ingin siap lebih awal daripada jadual yang dirancang. Sebanyak tujuh (7) projek PPAM Fasa 1 yang telah dibuat penyerahan kunci kepada pembeli seperti berikut: (i) PPAM Palma; (ii) PPAM Larai; (iii) PPAM Selasih; (iv) PPAM Pudina; (v) PPAM Jintan; (vi) PPAM Seruling; dan (vii) PPAM Melinjau. Antara kecacatan yang telah disenaraikan adalah seperti berikut: (i) Jubin lantai dan dinding yang retak/kosong/lompong; (ii) Tingkap yang tidak boleh ditutup dengan sempurna; (iii) Dinding terkopek; (iv) Kerja kemasan yang tidak kemas; (v) Pemasangan tingkap yang renggang; dan (vi) Kebocoran di dinding.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy