Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

418 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam berkualiti dan dibina di lokasi strategik serta dengan harga berpatutan. Terdapat pelbagai jenis rumah dan saiz yang ditawarkan bagi skim PPAM ini mengikut projek-projek yang dilaksanakan. Antara jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM adalah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo. Sebagai langkah permulaan program PPAM, pada 18 April 2013 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan pembinaan PPAM di Putrajaya. Harga yang ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi. Pembangunan projek PPAM ditadbir oleh Unit PPAM, Jabatan Perdana Menteri yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2014 untuk memberi perhatian khusus dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPAM. Unit ini turut dibantu dengan kerjasama daripada agensi pelaksana lain mengikut kawasan pembangunan. Di Wilayah Persekutuan Putrajaya, agensi pelaksana yang turut membantu dalam membangunkan PPAM adalah Perbadanan Putrajaya. PERNYATAAN MASALAH Rumah merupakan salah satu keperluan asas manusia. Rumah adalah satu tempat yang bukan sahaja melindungi individu yang menetap di dalamnya dari aspek fizikal, malahan rumah juga penting sebagai tempat untuk mendapatkan privasi, ketenangan, tempat untuk berehat dan menjalankan aktiviti-aktiviti kekeluargaan. Oleh yang demikian, setiap individu lazimnya berazam untuk Rumah yang dibangunkan adalah rumah yang berkualiti dan dibina di lokasi strategik serta dengan harga berpatutan Rumah adalah satu tempat yang bukan sahaja melindungi individu yang menetap di dalamnya dari aspek fizikal, malahan rumah juga penting sebagai tempat untuk mendapatkan privasi, ketenangan, tempat untuk berehat dan menjalankan aktiviti-aktiviti kekeluargaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy