Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

417 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam LATAR BELAKANG Projek pembangunan adalah satu pelaburan yang mempunyai objektif, outcome , output dan aktiviti khusus yang dilaksanakan dalam tempoh masa tertentu. Projek pembangunan adalah sebahagian daripada pelaburan sektor awam di bawah kerangka dasar dan strategi pembangunan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Projek perumahan adalah salah satu agenda pembangunan utama sesebuah negara termasuklah Malaysia. Agenda, pembangunan perumahan, pemilikan rumah dan harta tanah sentiasa menjadi isu utama dalam perbincangan geopolitik. Dalam hal ini, isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berwajib. Sehubungan itu, projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik yang dibangunkan khas untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam. Program PPAM juga adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama. Skim ini dibangunkan dengan cara menggalakkan pemaju-pemaju swasta untuk membina pembangunan PPAM, seterusnya akan diberikan subsidi oleh pihak kerajaan. Dengan ini, rumah yang dibangunkan adalah rumah yang Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik yang dibangunkan khas untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy