Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

398 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Promotion System and Job Satisfaction: A Case Study on Federal Public Service in Malaysia Noor Fatasya Idla binti Abdullah, N41 ABSTRAK Penyelidikan ini adalah kajian kes yang meneroka hubungan antara sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam di jabatan persekutuan dan agensi di Malaysia. Kepuasan kerja membuka peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan rakan sekerja dengan ketara mempengaruhi kepuasan kerja penjawat awam. Kajian ini juga mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kenaikan pangkat dan kepuasan kerja. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa penjawat awam berpuas hati dalam melakukan pekerjaan, dan ini bermaksud peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan dengan rakan sekerja perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ianya ketara memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja di kalangan penjawat awam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat di jabatan dan agensi persekutuan. Kajian ini akan menyumbang pengetahuan melalui data empirikal yang diperoleh serta memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai hubungan antara sistem kenaikan pangkat dan tahap kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan di Malaysia. Dari perspektif praktikal, penemuan kajian ini dapat digunakan oleh pembuat dasar, pengurus dan penyelidik yang berminat untuk meningkatkan dasar pengurusan sumber manusia dalam sektor awam di Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy