Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xliii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam kepimpinan yang dibincangkan adalah Klasik, Transaksi, Berwawasan, Organik, Demogratik, Autokratik, Laissez-Faire dan Karismatik. Gaya tersebut merupakan peranan yang paling signifikan untuk mewujudkan keterlibatan pegawai. Ciri-ciri kepimpinan turut dikongsi bersama untuk memberi pemahaman dan gambaran yang lebih jelas. Gaya kepimpinan yang sesuai, harus ditentukan oleh organisasi. Ini adalah kerana setiap oganisasi mempunyai fungsi dan kepimpinan yang berbeza-beza. Oleh itu, kepemimpinan dalam organisasi ini berperanan sebagai ejen yang boleh dipercayai untuk mendorong dan mempengaruhi pekerja meningkatkan keterlibatannya. Keberkesanan gaya kepimpinan pasti mampu memperoleh keterlibatan pekerja yang tinggi dan pekerja merasai sumbangan yang mereka berikan selari dengan pencapaian matlamat dan hala tuju organisasi. Pekerja juga lebih menjurus kepada rasa kesetiaan untuk terus bekerja dan kebarangkalian pekerja bertukar keluar adalah rendah. POIN NYATA • Kepimpinan merupakan proses seseorang individu dapat mempengaruhi sekumpulan individu mencapai matlamat yang sama • Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika • Kepimpinan juga mempengaruhi keterlibatan dan motivasi pekerja • Kunci utama peranan kepimpinan adalah mewujudkan persekitaran yang membenarkan pekerja mempunyai semangat dan mempunyai peluang merasai penglibatan mereka • Pelbagai ciri-ciri kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh individu atau sesebuah organisasi untuk mengenalpasti pemimpin yang ideal • Pengurus di organisasi boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan ciri-ciri kepimpinan untuk memperolehi pemahaman yang lebih jelas bagaimana untuk melaksanakan perubahan dalam aspek tingkahlaku kepimpinan • Keterlibatan pegawai ialah: - sifat kesungguhan seseorang pegawai - komitmen, emosi, kognitif dan fizikal terhadap kerja - menyumbangkan usaha melebihi daripada kebiasaan • Berdasarkan dapatan kajian IKPA tahun 2018, pegawai perkhidmatan awam masih mengekalkan pandangan bahawa kepimpinan pengurusan atasan dan keupayaan organisasi tetap mantap dalam menguruskan perubahan yang efektif • Kepimpinan merupakan elemen penting menyumbang kepada persepsi pekerja di tempat tugas dan keterlibatan tenaga kerja. Gaya kepimpinan yang berkesan berupaya menyuntik hubungan mesra antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy