Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

394 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam RUMUSAN Perubahan pesat Revolusi Industri 4.0 dan perkembangan teknologi RPA seharusnya menjadi penggerak kepada masyarakat untuk menggunakan teknologi ini kearah kualiti perkhidmatan yang lebih berdaya maju. Perubahan teknologi yang pantas ini juga menyukarkan kita untuk menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Sehubungan itu tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk membangunkan sistem perisian, kecerdasan buatan, pereka bentuk, pengendali program amat diperlukan di dalam Revolusi Industri 4.0. Pihak kerajaan perlu mengetengahkan kesedaran mengenai teknologi berkaitan Industri 4.0 dan kebaikan RPA ini dari peringkat awal terutamanya kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti supaya tenaga mahir agar kita dapat mewujudkan mengikut keperluan pasaran memandangkan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan mempunyai permintaan pada pasaran kerja sekarang dan akan datang. Penguasaan bagi membina model bagi proses kerja menggunakan automasi RPA ini agak mudah dipelajari dan terbukti ianya tidak semestinya dikalangan orang-orang IT sahaja. Perubahan landskap ini menuntut Sektor Awam untuk bersedia menerima teknologi terkini dan bersedia menerokai teknologi digital seperti artificial intelligence , machine-learning , robotik, internet of things (IoT) dan big data termasuk teknologi RPA yang dapat membantu dalam meningkatkan kadar produktiviti di mana tempoh pelaksanaan lebih cepat daripada proses manual, pengoptimuman sumber manusia, menjimatkan kos dan berimpak tinggi dalam memberi perkhidmatan untuk penjawat awam khususnya dan rakyat amnya. Pelaksanaan RPA di JPA juga diharap menjadi pemangkin bagi agensi lain menggunakan teknologi RPA untuk menambahbaik proses kerja yang sedia ada dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy