Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

393 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam vi. proses RPA ini merujuk kepada proses kerja sedia ada yang dijalankan secara manual oleh pegawai atau kakitangan yang bertanggungjawab (Penyedia) bagi setiap Proses yang terpilih; dan vii. ianya melibatkan aktiviti semakan dan pengemaskinian data yang melibatkan sistem dalaman JPAseperti eSILA, HRMIS dan MyKehadiran dan juga sistem iGFMAS Jabatan Akauntan Negara (AG) iaitu modul Human Capital Management (HCM) dan modul Account Payable (AP). • Proses yang telah diautomasikan menggunakan RPA ini mengikut prosedur, kawalan dan kepatuhan keselamatan Dasar Keselamatan ICT (DKICT JPA) dan CGSO yang dibenarkan sahaja b) Analisis Kecekapan dan Ketepatan • Bagi memastikan objektif pelaksanaan RPA ini tercapai, satu pengukuran tahap kecekapan dan ketepatan yang telah diambil dengan membuat perbandingan kaedah secara manual dengan kaedah RPA bagi ketiga-tiga proses tersebut. • Hasil keputusan pengukuran tersebut adalah seperti berikut: i. Bagi tahap pengukuran kecekapan dari segi masa pemprosesan yang diambil untuk memproses setiap tuntutan telah meningkat sebanyak 91% untuk proses OT, 95% untuk proses KGT dan 91% bagi proses EFT lebih cepat berbanding pemprosesan secara manual dan menjimatkan masa. ii. Ketepatan 100% dari segi pengesahan dan kemasukan data memandangkan proses secara automatik ini mengambil kira semua spesifikasi pengiraan dan tatacara sebenar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy