Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
392 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam a) Pelaksanaan Rintis RPA • Pelaksanaaan projek RPA di JPA ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehupayaan dan mempercepatkan proses kerja manual di Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) sebagai Bahagian rintis yang akan menjadi titik permulaan kejayaan inisiatif DGCCR Sektor Awam. • Sebanyak tiga (3) proses kerja manual utama di BKP telah dikenal pasti untuk diautomasikan mengguna kaedah RPA adalah seperti berikut: i. proses Tuntutan Lebih Masa (OT) ii. proses Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) iii. proses Pengemaskinian Maklumat Nombor Baucar Tetap dan EFT Ke dalam Lejer Pelajar Tajaan JPA (EFT). • Proses OT, KGT dan EFT ini dipilih berdasarkan kriteria berikut: i. kejayaan pelaksanaan PoC RPA memberi impak keberkesanan RPA justeru, Business Process Review (BPR) dibuat untuk proses-proses lain yang berpotensi dan sesuai diautomasikan; ii. melibatkan banyak proses kerja yang berulang terutamanya bagi aktiviti semakan dan pengiraan melibatkan data yang besar; iii. proses kerja yang hanya melibatkan aras penyedia sahaja dan kelulusan penyelia masih perlu dilaksanakan secara manual; iv. mengurangkan kesilapan terutamanya melibatkan proses kerja yang memerlukan banyak semakan dan capaian kepada sistem yang berbeza; v. untuk meningkatkan produktiviti kerja dan hasil yang cepat dan tepat dalam perkhidmatan yang diberikan;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy