Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

391 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PELAKSANAAN RPA SEKTOR AWAM Inisiatif Digital Malaysia adalah merupakan salah satu negara yang membuat persediaan secara komprehensif dalam menghadapi revolusi digital IR 4.0. Berdasarkan data dari Pusat Bank Data Negara dan Inovasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri, menjelaskan sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hampir mencecah sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan pada 2020. Inisiatif untuk teknologi robotik, objek rangkaian internet (IOT), kepintaran buatan (AI), data analitik, pemprosesan imej, perisian, sistem komunikasi mudah alih, percetakan tiga dimensi (3D), keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada. Dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kesebelas 2016- 2020, satu Rangka Kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) akan diterap ke dalam perkhidmatan awam sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian Kerajaan digital di mana Rangka Kerja DGCCR akan diguna pakai sebagai pendekatan berstruktur dan menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap. Pelaksanaan RPA di Jabatan Perkhidamatan Awam (JPA) Robotic Process Automation (RPA) yang merupakan salah satu inisiatif dibawah Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam merupakan model terbaik bagi pelaksanaan Kerajaan Digital selari dengan kemajuan teknologi semasa. Pelaksanaan RPA dalam sektor awam masih belum dijalankan secara meluas. Pelaksanaan RPA dalam sektor awam masih belum dijalankan secara meluas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy