Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

390 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Bagi memahami kaitan atau relevansi RPA dengan manusia tedapat kajian oleh Wil M.P (springler) mengenai kedudukan RPA dan manusia seperti di Rajah 1. Rajah 1 menunjukkan proses kerja yang panjang. Paksi-x menunjukkan beberapa kes/senario proses kerja yang berbeza dan dapat ditangani dengan cara yang sama. Paksi-y menunjukkan frekuensi jenis kes ini. Berdasarkan pareto distrubution rajah 1 ini menunjukkan 80% kes dapat dijelaskan oleh 20% jenis kes. Ini bermaksud bahawa terdapat banyak jenis kes yang agak jarang berlaku. Automasi bertujuan untuk menangani jenis kes yang paling kerap (katakan 20% daripada semua jenis kes). Kes yang kurang kerap tidak dipertimbangkan kerana automasi terlalu mahal. Kos bertambah apabila sistem proprietari yang berbeza perlu disatukan. Oleh itu, baki 20% kes sering ditangani secara manual oleh manusia yang memasukkan maklumat berulang kali dan membuat keputusan. Walau bagaimanapun, baki 20% kes ini, merangkumi 80% jenis kes dan lebih memakan masa daripada yang biasa. Penggunaan RPA adalah mungkin untuk menyokong bahagian tengah dengan mempunyai agen yang berinteraksi dengan sistem maklumat yang berbeza seolah-olah mereka adalah manusia. Walaubagaimana terdapat kes yang tidak dapat ditangani oleh RPA secara ekonomi. Oleh itu, "hujung ekor panjang" (Rajah 1) masih perlu ditangani oleh pekerja manusia. Ini menunjukkan human interfention ( interaksi manusia) adalah penting dan masih diperlukan terutama melibatkan kes atau proses kerja yang perlu mengikut prosedur standard operasi (SOP) setiap organisasi contohnya perkara yang melibatkan pengesahan fizikal, kelulusan atau proses yang tidak melibatkan sistem dan dilaksanakan secara manual. Human interfention ( interaksi manusia) adalah penting dan masih diperlukan melibatkan kes atau proses kerja yang perlu mengikut prosedur standard operasi (SOP) setiap organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy