Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

389 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Penyelesaian RPA: RPA dapat mengesahkan konsistensi data pekerja di pelbagai sistem, mengesahkan catatan masa, meringankan beban kakitangan, menjalankan cabutan data berdasarkan spesifikasi yang pasaran penanda aras untuk penamatan dan pengambilan pekerja baru. Ia juga dapat mengautomasikan pengeluaran gaji, menguruskan faedah, dan pembayaran balik. Robot dapat mengurus kebanyakan transaksi berkaitan gaji dari mula hingga akhir proses untuk mengelakkan ketidaktepatan dan kelewatan. c) RPA dan Tugas Manusia Perisian robotik boleh menghilangkan kebergantungan manusia dengan membebaskan pekerja manusia dari tugas rutin ini untuk memberi peluang lebih fokus pada objektif dan operasi teras yang lain. Oleh itu, terdapat persoalan adakah manusia sudah tidak relevan untuk melaksanakan semua tugasan kerana telah diambil alih oleh robot (RPA)? Ini adalah persoalan yang selalu dibangkitkan apabila pelaksanaan RPA di sesebuah organisasi. Rajah 1 : Kedudukan RPA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy