Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

388 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Cabaran: Proses untuk pertanyaan sistem selalunya merupakan proses manual yang harus dilakukan oleh kakitangan untuk mendapatkan data transaksi tertentu daripada pelbagai platform aplikasi sistem pertanyaan dan portal. Aplikasi ini biasanya kurang berintegrasi antara satu sama lain, menjadikannya proses yang sangat memakan masa untuk diselesaikan oleh kakitangan anda. Penyelesaian RPA: RPA akan memberikan integrasi data yang lancar antara portal maklumat anda secara automatik, kerana robot perisian dapat digunakan untuk menghubungkan semua aplikasi anda dan memberikan akses cepat kepada data yang dikumpulkan oleh kakitangan terlibat. Ini juga dapat digunakan untuk menyediakan data dari pelayan (server) seperti pangkalan data SQL, dengan menjalankan permintaan untuk mengekstrak data dan memberikan input. iv. Penggajian Jabatan Sumber Manusaia bertanggungjawab untuk tugas-tugas yang biasanya memakan waktu, berulang, dan sangat bergantung pada proses yang digerakkan secara manual. penggajian adalah salah satu proses yang berdasarkan peraturan dan berulang, ia juga memerlukan usaha/kerja yang banyak untuk kemasukan dan kemaskini data. Cabaran: Penggajian menghadapi banyak cabaran yang berkaitan dengan standardisasi proses kerana terttakluk kepada undang-undang dan keperluan pematuhan, ia juga terikat dengan masalah ketidaktepatan data yang boleh menyebabkan kelewatan pembayaran dan ketidakpuasan pekerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy