Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

386 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam vi. input yang boleh dibaca - Proses yang dipicu oleh input elektronik standard dan boleh dibaca seperti MS Word, Excel, XML, PPT, PDF, dan OCR untuk gambar yang diimbas. b) Sehubungan itu, bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkaitan impak penggunaan RPA maka, contoh dibeberapa proses kerja back office yang sesuai untuk diautomasikan menggunakan RPA adalah seperti berikut: i. Pemprosesan Invois Organisasi dari semua ukuran dan industri berurusan dengan menghantar dan menerima invois, dan merupakan operasi penting bagi kebanyakan jabatan kewangan kerana berkaitan dengan fungsi syarikat secara keseluruhan. Cabaran: Pemprosesan invois sering membawa banyak cabaran termasuk format yang berbeza seperti format invois dalam benuk salinan kertas, E-mel, faks, PDF, MS Word , Excell dan lain-lain memaksa petugas kewangan memindahkan data dari pelbagai sumber secara manual ke dalam sistem pangkalan data kewangan syarikat menjadikannya tugas yang memakan masa. Penyelesaian RPA: RPA membantu untuk memproses invois secara automatik setelah penerimaan, secara elektronik atau dalam format kertas (menggunakan OCR). Robot perisian dapat mengotomatisasi input data, mengurangkan kesalahan, dan bahkan memproses pengambilan keputusan tertentu yang diperlukan sepanjang pemprosesan invois dan meminimumkan campur tangan manusia. Ia juga tidak akan pernah kehilangan jejak borang atau membuat kesalahan pengiraan sehingga mengurangkan keperluan pengendalian pengecualian sekaligus. Proses keseluruhan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy