Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

385 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Perisian robotik menghilangkan kebergantungan manusia dengan membebaskan pekerja manusia dari tugas rutin ini untuk memberi peluang lebih fokus pada objektif dan operasi teras yang lain. Penggunaan RPA memberi banyak faedah dan kesan yang lebih strategik kepada sesebuah organisasi teruatamanya di bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan, Perolehan, Jualan, Kewangan dan Khidmat Pelanggan. Hasil kajian menyatakan teknologi RPA dalam konteks Industri 4.0 memberi kesan ke atas business process dan operasi seperti perakaunan sebagai contoh. Ini telah dibincangkan dalam Jurnal Perakaunan dan Kewangan - April / 2019 (82): 235-250 menjelaskan bahawa RPA dan teknologi lain yang berkaitan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja manusia, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan dalam operasi perniagaan. CIRI-CIRI BUSINESS PROCESS YANG SESUAI DENGAN RPA a) Operasi yang cenderung mempunyai ciri-ciri ini dan biasanya sesuai untuk automasi adalah proses back-office . Antara ciri-ciri business process yang sesuia untuk diautomasikan adalah seperti berikut: i. jumlah transaksi tinggi dan berulang dimana proses rutin berjalan secara berkala (contoh - setiap hari atau mingguan); ii. berdasarkan peraturan yang standard dan boleh membuat keputusan berdasarkan peraturan ramalan; iii. matang dan stabil iaitu operasi yang didokumentasikan, stabil dan dengan kos operasi yang dapat diramalkan; iv. potensi ROI yang tinggi: Pilih proses yang dapat memberikan penjimatan automasi yang signifikan; v. tidak tertakluk kepada perubahan metodologi iaitu tidak memproses dalam sistem yang disebabkan oleh perubahan pada antara muka atau konfigurasi dalam jangka pendek;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy