Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
384 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam industri. Banyak syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, teknologi, pembuatan, telekomunikasi dan logistik yang terkemuka di dunia telah menggunakan RPA untuk mengurus dan meluaskan proses perniagaan dengan lebih pantas, dengan kadar kesilapan menghampiri sifar, sekaligus mengurangkan kos pengendalian dengan ketara. TEKNOLOGI ROBOTIK PROSES AUTOMASI (RPA) RPA adalah kombinasi daripada teknologi sistem autonomi , machine learning , AI dan robotik . Teknologi yang baru muncul ini berbentuk struktur penyelesaian RPA dan membentuk framework yang berfungsi untuk melaksanakan semula tindakan menggunakan aplikasi semasa, mengakses laman web, dan memanipulasi spreadsheet, dokumen dan menghantar e-mel sebagai satu tugas yang sempurna seperti dilaksanakan oleh manusia (Lamberton, et al., 2017: 10-13). Kombinasi daripada teknologi ini memberi banyak kebaikan terutamanya proses automasi yang menggunakan teknologi robotik dan kognitif dapat mengautomasikan rutin, proses secara manual dan peraturan mengikut standard sedia ada dalam bentuk aplikasi baru. Automasi menggunakan AI mengubah RPA menjadi titik mula dalam pelan robot automasi dan evolusi robotik, dan akan digunakan secara meluas dan semakin banyak dalam business process pada tahun-tahun berikutnya. Malah penggantian tenaga kerja manusia dan pekerjaan dalam perniagaan dengan robot atau sistem robotik juga dibincangkan dalam penyelidikan dan kajian baru-baru ini. RPA dan automasi akan mengubah proses, transaksi dan perjalanan contohnya dalam perakaunan. Operasi perakaunan yang tidak cekap iaitu proses berulang, langkah proses banyak dan mengambil masa yang agak lama akan dikendalikan oleh RPA dan profesional perakaunan akan menumpukan lebih banyak operasi strategik dalam konteks Pengurusan Perakaunan Strategik. RPA adalah kombinasi daripada teknologi sistem autonomi, machine learning, AI dan robotik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy