Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
383 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Automasi Proses Robotik (RPA) adalah teknologi yang memberikan kesan hebat terhadap transformasi Industri 4.0 (IR 4.0), yang menggabungkan kekuatan industri tradisional dengan kecanggihan Teknologi Internet (Schmidt et al., 2015). Berbeza dengan Industri 3.0 (IR 3.0) yang merupakan asas revolusi industri digital seperti penghasilan teknologi internet dan peralatan elektirik seperti kamera, TV, radio dan sebagainya, IR4.0 adalah dari hubungan dua hala digital bersama manusia dan sistem atau peripheral fizikal lain dan bukan hanya tertumpu pada sektor pembuatan malah akan turut melibatkan sektor perkhidmatan seperti teknologi RPA. Inovasi RPA RPA adalah perisian yang boleh mengotomatisasi business process berdasarkan peraturan yang melibatkan tugas rutin, data berstruktur dan hasil yang tepat. Kajian terkini melaporkan faedah penerapan RPA adalah dari segi produktiviti, kos, kelajuan dan pengurangan kesalahan. Sesebuah organisasi tidak kira dari sektor kerajaan mahupun swasta boleh membangunkan amalan robotik, yang boleh menentukan, mengenal pasti, dan yang paling penting mempelajari aplikasi dengan menggunakan keupayaan kecerdasan buatan (AI) untuk memproses urus niaga yang ditentukan, menukar data, mencetuskan pekerjaan/ transaksi, dan berkomunikasi dengan aplikasi dan robot lain. Pengautomatan Proses Robotik (RPA), adalah platform yang membolehkan lebih banyak organisasi membangunkan Tenaga Kerja Digital Pintar bertaraf dunia menggunakan bot perisian yang beroperasi bersama-sama individu untuk melakukan kebanyakan kerja-kerja berulang-ulang dalam banyak RPA adalah perisian yang boleh mengotomatisasi business process berdasarkan peraturan yang melibatkan tugas rutin, data berstruktur dan hasil yang tepat
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy