Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
382 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Impak Penggunaaan Teknologi Automasi Proses Robotik (RPA) Kepada Business Process Organisasi Murniwati Binti Mohamed, F44 ABSTRAK Dalam konteks Rovolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) teknologi memainkan peranan utama dan amat pantas. Kemajuan teknologi ini membawa kepada penemuan tentang pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik, cloud, Internet of Things (IoT) dan perkara yang seumpamanya. Teknologi bergerak begitu pantas dan memberi cabaran baru kepada negara kita dalam mencapai taraf negara maju serta kekal bersaing bersama-sama negara-negara asia yang lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi merealisasikan cabaran ini termasuklah melaksanakan transformasi digital sektor awam dan teknologi automasi seperti Proses Automasi Robotik (RPA) adalah merupakan transformasi digital IR 4.0. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak pelaksanaan teknologi RPA yang boleh mempercepatkan business process sedia ada serta meningkatkan produktiviti kerja dengan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada dalam hubungan penggunaan automasi dengan prestasi kerja sesebuah organisasi. Analisis yang diberikan diharap dapat membantu organisasi terutama agensi dalam sektor awam untuk lebih memahami kepentingan RPA seterusnya mengenalpasti proses-proses dalam yang boleh ditambahbaik bagi meningkatkan produktiviti dan seterusnya mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy