Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

379 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Responden di dalam kajian ini terdiri daripada pegawai awam dikategorikan mengikut gred: i. Pegawai Atasan – JUSA dan TURUS; ii. Pegawai Pertengahan – Gred 48 hingga 54; iii. Pegawai Junior – Gred 41 hingga 44; dan iv. Pegawai Pelaksana – Gred 1hingga 40. HALA TUJU Hasil penilaian kompetensi setiap pegawai awam, Kerajaan perlu menentukan bagaimana kompetensi digital pegawai awam ini boleh disesuaikan dengan keseluruhan pelan inisiatif Kerajaan melalui pembangunan program-program dan modul pembelajaran dengan mewujudkan pelan pelaksanaan yang terperinci. Peningkatan kompetensi dan kemahiran penjawat awam perlu merentasi agensi, perkhidmatan dan gred berasaskan Rangka Kerja DGCCR yang telah dihasilkan. PENUTUP Pengurusan bakat digital yang lengkap secara berterusan perlu disediakan bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan supaya kemahiran serta kecekapan yang ada dapat diasah dan diperkasakan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selari dengan perkembangan teknologi serta normal baharu yang memerlukan amalan kehidupan dan persekitaran yang berbeza. Perlu menentukan bagaimana kompetensi digital pegawai awam ini boleh disesuaikan dengan keseluruhan pelan inisiatif Kerajaan melalui pembangunan program- program dan modul pembelajaran dengan mewujudkan pelan pelaksanaan yang terperinci

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy